► Butir Harian byha :) ◄
Tuesday 19 March 2013 • 00:35 • 2 comments
Jwb slm byha :)

Ce tengok tajuk entry kali ni 'Butir Harian byha' apa tu, Nak cerita pasai byha sejak dari rabu minggu lepas 13/3 - isnin 18/3. Blog2 yang follow dan yang rajin singgah blog byha mesti tertanya2 mana pergi byha ni lama tak follow2 tak balas kunjung . Sory k . . Byha busy sangat :) busy bukan jaga anak :P Tapi busy amik lesen. Start rabu minggu lepas byha pergi latihan driver. Bukan sepanjang hari, Tapi byha pergi rabu petang, khamis petang, jumaat pagi, sabtu petang dan ahad petang. Letih betul la. Semalam 18/3 test jpj. Erghh ! memang tak tahu nak habar la. Letih gila. 


Nak tunjuk kat ampa gambar byha, Takut ampa bosan baca entry kosong je tak ada gambar, tu la muka byha bila pakai helmet :P. Byha amik lesen kereta dan moto, Rabu 13/3 tu first time bawak kereta, getaq tu tak yah tau la, Sebab tak penah bawak, Cikgu yang ajar driver tu semua spoting gila. Banyak gelak ja byha bawak kereta. Uke la kan, Kalau dapat yang serious susah la kan. Terkanan cukup, ye tak ? Dah cuba bawak tu rasa senang la, terus rasa seronok bawak kereta. Bukit, parking, 3 penjuru dan jalan raya semua byha dah cekap bawak. ALHAMDULILLAH la ALLAH bantu byha jugak. Moto pulak titi mula2 naik terkangkang-kangkang nak imbang :) dah cuba buat bayak kali lepas jugak. Moto senang je kan ? Cuma kena ingat langkah dia. Bila nak sampai kat simpang kena buat apa. Kena ingat la.

Semalam 18/3. Byha test jpj. takot kut :( Ahad tu byha p cek byha nombor berapa moto dan kereta nak test. Cek-cek moto dapat nombor 50 sessi 1 kereta dapat nombor 11 sessi 2. Lambat kott. . Tapi tak pa dapat tengok orang buat moto dulu. Dah sampai pagi semalam pergi kaunter ambil kad nombor moto dan kereta. Dah ambil tu masuk bilik dengar teori sat. Sambil dengar teori tu cikgu panggil nama kena tulis nama dan ic semua. Dah abis tu keluar pergi tempat moto. Dah bawak tu titi lepas, kon pun lepas, brek kecemasa lepas, pusing 8 tu lepas dan kona tanjam tu lepas, Mai tang jalan raya tak pas, Sebab tak bagi signell dan tak tengok kiri kanan, tongkat 2 moto tu byha tak buat sebab tak larat nak angkat la. Lepas ni byha pergi juz ulang moto belah jalan raya ja la. Dah tak lulus satu hal la tension dah punya pasai. erghh ! Tak pa tak mau pikir nak buat kereta mintak lulus. Bawak la kereta naik bukit, lulus . ALHAMDULILLAH :), pergi tang parking pun lulus jugak. ALHAMDULILLAH :) mai tang 3 penjuru gagal sebab byha dah masuk elok dah, nak pusing steiring blh kiri kereta terjalan ke depan. JPJ cakap gagal. Erghh !! tension la. JPJ pulak duk panggil darling-darling kat byha. Byha buat tak tahu ja la. Nasib la cikgu yang ajar byha driver tu pun ada kat situ. Dah habis tandatangan. JPJ tu cakap kereta ambil moto ambil macam mana nak lulus. Moto nak kena ingat step dia. Kereta lagi. Byha jalan buat tak tahu la. JPJ tu tengok byha senyum-senyum pulak, Byha jeling kat dia, dia cakap sembong sangat aih, tak pa nanti buat lagi sekali jumpa jugak. Tak tahan dah masa tu. Terus air mata keluar masa duk jalan nak pergi tunggu kereta tuk pergi jalan raya pulak. Cikgu byha mungkin nampak kut byha duk jalan, duk lap air mata ni. Masa tunggu kereta tu lama jugak, byha sementara nak tunggu tu kol ashri bagi tau byha gagal jugak kereta, dia cakap 'sayang buat la elok-elok, jalan raya ni buat elok-elok nah', byha cerita kat dia yang JPJ tu duk panggil darling-darling kat byha, dia cakap bagi tau dia duk darling-darling apa buh menerajang mampuih, JELOUS betul ashri ni --' :P. Masa dah nak dekat pukul 1 depa bagi rehat dulu, cakap nak pergi makan pergi dulu. Tapi byha dan kawan2 tak pergi pun. Duk je kat situ. Pastu cikgu byha yang ajar driver tu mai. Dia cakap JPJ tu memang macam tu. sabar ja jangan duk nagis la. jalan raya ni buat elok-elok nanti latihan kita belajar dalam je. Tak pa la, byha pun uke-uke je. Dah sampai masa nak bawak kerata pergi jalan raya tu, cek-cek semua. Cek kerusi, klas, brek, cuba masuk giar, tarik hangbrek, lampu signell, dan lain2 semua, Lepas tu jpj cakap jalan. Byha pun jalan la. ALHAMDULILLAH lepas jugak. Ni nak kena bayar duit pulak untuk ulang moto dan kereta tu.

                T.kasih sudi baca :)

OLDNEW
★ Owner ★
Dah singgah tu follow la :)
Budak comel sedang melawat :)


Welcome


Assalamualaikum :D
♥ Nur Nabihah ♥
♥ 19 ♥
Mood : I'm Happy Always :D
Status : ILYSDM Ashri :')
I'm in a relationship :)

★ Shout Box ! ★
Jom borak-borak sini ! :)

Exchance link open

★ Status ! ★
Ashri + Nabihah = Ashna :') ♥

Daisypath Anniversary tickers
Setia Hujung Nyawa :) Insyaallah. .
★ Credits ! ★
Don't ever remove the credit
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: ! ☆ βʏнαƨняι ☆ !